Perkembangan Kognitif Anak

Perkembangan kognitif anak adalah suatu proses peningkatan keupayaan sesuatu pemikiran, pengetahuan dan daya intelek di kalangan kanak-kanak. Dalam perkembangan kognitif ini juga di sebut sebagai kemampuan menjana akal fikiran dalam aktiviti seperti penyelesaian masalah, menganalisa, memahami, dan membentuk pemahaman serta pengetahuan baru terhadap pengalaman yang di lalui.

Perkembangan kognitif juga boleh di katakan sebagai suatu fahaman kanak-kanak mengenai dunia sekeliling mereka dan ia berubah mengikut peringkat umur dan pengalaman.

Menurut pakar psikologi kanak-kanak iaitu Jean Piaget yang juga merupakan pengasas Teori Perkembangan Kognitif ini, berpendapat bahawa perkembangan kognitif anak berlaku secara berperingkat.

"Bagi peringkat awal adalah sesuatu yang sangat mustahak dalam membentuk perkembangan peringkat yang berikutnya, ini kerana peringkat awal itu adalah menjadi asas yang sangat penting dalam mempengaruhi perkembangan seterusnya."

Pada peringkat awal perkembangan kognitif ini, kanak-kanak membesar dengan begitu pesat. Didikan dan bimbingan yang betul akan mempengaruhi corak pemikiran mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu peka dan penting bagi kanak-kanak ini dibentuk berdasarkan kemampuan intelektualnya.

Jean Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap dan mengikut turutan umur kanak-kanak :

Tahap Sensorimotor atau deria motor, berlaku semasa usia 0 - 2 tahun. Ketika tahap ini, perkembangan semasa bayi. hanya pada gerakan refleks. Kemudian, anak mulai belajar tentang diri mereka dengan melihat, menyentuh dan mendengar sekekliling dan menirunya.. Seterusnya mengaplikasikan pelbagai kejadian-kejadian yang menarik minatnya, mula menggunakan pelbagai perkara atau peralatan untuk mencapai tujuan dan anak sudah mula tahu pelbagai cara dan kaedah baru dalam dirinya.

Tahap Pra Operasi, berlaku semasa umur dalam lingkungan 2 – 7 tahun. Pada tahap ini, perkembangan yang penting adalah dalam penggunaan bahasa, kerana kemampuan bahasa sudah mula meningkat. Kanak-kanak mula menggunakan simbol dalam permainan mereka, seperti membayangkan botol sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Pemikitan tahap ini di sebut sebagai egosentrik, iaitu dunia ini secara keseluruhannya dilihat dari perspektif mereka sendiri. Tahap ini anak-anak menerima pelbagai rangsangan namun terbatas dan masih belum mampu berfikir secara abstrak berbanding orang dewasa. Inilah yang disebut sebagai Pra operasi berkaitan minda dalam perkembangan kognitif.

 Tahap Operasi Konkrit, berlaku semasa umur 7- 11 tahun. Pada tahap ini kanak-kanak hanya memahami konsep-konsep konkrit atau sesuatu yang objektif contoh seperti tumbuhan, haiwan, batu dan sebagainya. Mereka juga sudah mampu berfikir secara rasional dan logik seperti menyusun, melipat, bermain dan bergaul dengan rakan-rakan serta faham konsep nombor, berat dan konsep padatan yang berkaitan ilmu fizik asas. Mereka masih tidak begitu memahami perkara abstrak seperti ketuhanan, makna hidup dan sebagainya.

Tahap Operasi Formal, berlaku semasa umur anak 11 – 15 tahun. Pada tahap ini, pemikiran kanak-kanak lebih bersifat logik, formal dan abstrak. Mereka sudah mampu berfikir secara hipotetik iaitu penggunaan hipotesis (pemerhatian) dan membuat keputusan serta mampu mencari jalan untuk menyelasaikan masalah secara rasional dan sistematik. Anak-anak juga sudah mampu berfikir dan menerima pelajaran bersifat abstrak seperti agama dan matematik.

Seperti kemampuan intelek dalam perkembangan psikologi manusia, perkembangan kognitif ini sering dikaitkan sebagai suatu proses perkembangan intelek yang melibatkan perubahan kemampuan kanak-kanak dalam kemahiran mereka berfikir, berbahasa dan cara memperoleh sesuatu pengetahuan daripada lingkungan atau persekitarannya. Jika kanak-kanak itu dibentuk dengan baik berasaskan panduan perkembangan kongnitif ini, maka kanak-kanak itu akan menjadi insan yang berguna.

 

Children and Family - Recommended Websites

Here are some related websites where you can find more great information.

  • PANDUAN SENANG HAMIL PERUBATAN ISLAM Panduan Senang Hamil dalam Siri Perubatan Islam adalah produk informasi membantu pasangan muda yang belum mendapat zuriat tetapi sudah lama...
  • Majalah digital Minda eUreka KSSR Majalah digital Minda eUreka adalah sebahagian daripada pembelajaran sekolah rendah dan digunakan sebagai bahan ulangkaji berteraskan KSSR KBSR Keperluan untuk...
  • Rahsia Mudah Hamil - Tips Kesuburan Untuk Wanita Rahsia Mudah Hamil Adalah Ebook Yang Mendedahkan Tips Kesuburan Rawatan Petua dan Doa Untuk Mudah Dapat Zuriat Niche Kesuburan Seperti...
  • Rahsia Anak Lelaki Tercari rahsia mendapat anak lelaki
  • Rahsia Anak Soleh Panduan Mendidik dan Membesarkan Anak Yang Soleh dan Solehah

Keyword Here - Comments

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA !

       

Masukkan nama dan alamat emel anda untuk dapatkan Ebook Panduan ini secara Percuma SEKARANG!