Mari Mendidik Anak

Tips Dan Panduan Lengkap Terkini Dalam Mendidik Anak Anda

Melahirkan anak yang sempurna adalah impian setiap ibu di dunia ini. Malah menjadi impian untuk setiap golongan wanita yang baru mendirikan rumah tangga. Perkembangan anak boleh di ukur bukan sahaja setelah mereka di lahirkan, tetapi semasa anak itu masih lagi di dalam kandungan ibunya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa untuk mengetahui proses-proses perkembagan anak dalam kandungan supaya dapat melahirkan anak yang sempurna sifat serta mengikut tahap perkembangan yang betul.

Di dalam video ini dapat membantu memberikan gambaran yang jelas tentang proses-proses yang di lalui ibu hamil serta peringkat perkembangan anak dalam kandungan.

 

Minggu 1 - 10, Dalam minggu ini, bermulanya proses persenyawaan di antara sel sperma lelaki dengan sel ova perempuan dan melekat pada endometrium iaitu dinding rahim ibu, seterusnya membentuk embrio yang bersaiz di antara 4mm hingga 6mm. Waktu ini adalah waktu yang sesuai untuk ibu menjalani ujian air kencing kehamilan (Urine Pregnancy Test) setelah mendapati tidak datang haid untuk bulan tersebut.

Semasa minggu ke 6, kebiasaannya ibu mengandung akan mula mengalami loya dan pening, tompok hitam dan warna gelap serta mengelupas akan terbentuk pada kulit, dan ini di kenali sebagai morning sickness. Ibu mengandung akan kerap kali berasa pening  serta sensitif terhadap sesuatu bau-bauan yang kuat serta mudah letih.

Ketika masuk minggu ke 8, perkembangan anak dalam kandungan yang di sebut sebagai “fetus” kini bersaiz 1.5sm hingga  3sm. Waktu ini sudah terbentuknya gigi, mulut, hidung, tulang belakang, otak, kaki, tangan dan ianya semakin jelas kelihatan.

Pada akhir minggu ke 10, anak dalam kandungan iaitu “fetus” mula memanjang di antara 4 ke 4.5sm dan berlaku pertambahan berat yang mempengaruhi peningkatan berat badan ibu. Ibu mengandung ketika ini disarankan untuk merekodkan peningkatan berat badan yang berlaku pada dirinya.

Minggu 11 - 20, Dalam minggu ini anggota anak dalam kandungan sudah membentuk organ-organ penting seperti paru-paru, tulang dan jantung serta pembentukan tubuh juga kelihatan jelas serta ia sudah mampu untuk menghisap ibu jarinya sendiri.

Masuk minggu ke 13, ibu mengandung akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu sebelumnya dan perlu lebih teliti di dalam pengambilan diet harian. Perubahan juga berlaku pada saiz rahim yang semakin membesar dan warna puting yang semakin gelap serta kelihatan urat biru pada payu dara ibu mengandung.

Apabila masuk trimester kedua iaitu minggu ke 14 yang terakhir, organ-organ penting bayi dalam kandungan mula matang serta pergerakan semakin aktif dan berukuran antara 9 sm dengan berat 60 gm.

Di antara minggu 16 ke 17, anak dalam kandungan semakin kerap bergerak dan jantina sama ada anak dalam kandungan tersebut lelaki atau perempuan sudah boleh diketahui melalui pemeriksaan ultrasound. Saiz anak dalam kandungan juga mulai meningkat daripada 16 sm ke 18 sm dan beratnya sekitar 185 gm. Ketika ini selera makan ibu meningkat dan mula merasakan pergerakan pertama anak dalam kandungan tetapi tidak terlalu ketara.

Pada akhir minggu ke 20, anak dalam kandungan bergerak dengan aktif dan derianya sudah mula peka terutama pada bunyi yang kuat. Saiz badannya meningkat di antara 25 sm dengan berat 340 gm. Pada masa ini pembesaran saiz rahim dan saiz perut ibu mengandung berlaku dengan cepat.

Minggu 21 - 30, pada minggu ini ibu mengandung mungkin mengalami masalah pernafasan di sebabkan saiz paru-paru yang mengecil kerana pengembangan saiz rahim dan anak dalam kandungan. Anak dalam kandungan mungkin berhubung dengan ibu mereka melalui tendangan atau pergerakan dan kebanyakan ibu tidak berasa selesa sehingga minggu ke 30.

Tips : Jika tidur tergangu kerana pergerakan anak dalam kandungan yang aktif, usaplah perut secara perlahan-lahan sambil berkata-kata yang baik pada anak dalam kandungan anda.

Pada akhir minggu ke 25, anak dalam kandungan sudah membentuk sel-sel otak serta anggota yang kompleks dan sudah mula aktif bernafas. Bayi dalam kandungan juga sudah menunjukkan status jantina sama ada lelaki atau perempuan, jika lelaki ia sudah membentuk skortum yang sempurna, dan jika perempuan sudah mempunyai beberapa juta  telur di dalam ovarinya. Ketika ini degupan jantung bayi dalam kandungan boleh di dengari dengan stetoskop biasa dan bayi dalam kandungan juga boleh mendengar kata-kata ibunya.

Bayi dalam kandungan mula mampu untuk melihat cahaya yang berada di luar melalui abdomen ibu mengandung pada minggu ke 27 dan beratnya kini di antara 800 gm dan panjang berukuran 36 sm.

Tips : Ketika ini pemilihan baju dalam yang sesuai adalah penting disebabkan penambahan saiz perut ibu mengandung dan elakkan berbaring secara terlentang kerana ini akan menyebabkan salur darah ditekan oleh rahim yang semakin membesar.

Di akhir minggu ke 30, anak dalam kandungan semakin memenuhi ruang dalam perut dan kerap kali bergerak. Anak dalam kandungan juga sudah boleh membuka serta menutup matanya dan ketika ini ukuran adalah di antara 39 sm dan berat sekitar 1.1 kg.

Minggu 31 - 40, Dalam minggu ini anak dalam kandungan akan bergerak dan bertukar-tukar posisinya apabila sakit atau tidak selesa dan kedudukan kepala tetap pada permukaan servik untuk persediaan kelahiran pada bila-bila masa.

Masuk minggu ke 25, kandungan di katakan semakin matang dan berat badan bayi dalam kandungan sekitar 2.3 kg dan ukuran panjang sekitar 44.5 sm. Anak dalam kandungan tidak bergerak terlalu aktif seperti sebelum ini kerana ruangan perut semakin kecil dan pergerakannya terbatas. Ibu mengandung di sarankan tidak keluar rumah kerana kontraksi perut boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Ketika akhir minggu ke 27 hingga 28, anak dalam kandungan mengeluarkan hormon yang di panggil cortisone iaitu hormone yang mematangkan organ pernafasannya.

Tips : Ketika ini ibu mengandung di sarankan untuk bersiap sedia untuk melalui saat kelahiran bayi dan rehat secukupnya untuk mengumpul tenaga.

Pada akhir minggu ke 40, kebiasaannya anak sudah di lahirkan tanpa penangguhan sama ada melalui kelahiran semulajadi atau secara pembedahan Lower Segment Cesarian Section (LSCS).



 

 

DOWNLOAD EBOOK PERCUMA !

         

Masukkan nama dan alamat emel anda untuk dapatkan Ebook Panduan ini secara Percuma SEKARANG!

Ads